ZUHUD

Baik cekal bagus terus
Baik kekal rakus terus
Baik cekal bagus terus
Baik kekal rakus terus

Saat serunai menjerit suatu hari nanti
Segala yang di langit dan segala yang di bumi
Yang hidup yang mati
Yang menyamun yang bijak
Semuanya akan dibangunkan di padang untuk berarak

Baik dan baik cekal bagus
Ikut penunjuk arah
Polang kaling bertungkus
Lurus mengikut arah
Bengkak bengkil dihati
Surut dimakan hari
Lumrah langlang buana rempuh tembok langkah kiri

Jadi dan baik cekal bagus
Terus Zuhud ke bawah
Elak dibakar hangus atau dihumban ke kawah
Jadi baik kekal rakus
Terus menanam ubi
Ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi

Orang dagang dah berlabuh sauh
Sedia siaga di bumi Tuhan
Tenang ku terbang walaupun pun jauh
Bawa pikulan tugas suruhan
Nafsu digendang diriku jatuh

Mungkin kah kerna ku budak hutan
Emosi senang berang dan patuh
Telunjuk Lakhus pun diturutkan
Yang diturunkan engkau lupuskan
Sahabat kudus tak dikhususkan
Kau pupuskan
Kau putuskan
Yang ditumpukan bukan keperluan
Kekal tumpuan buang kemahuan
Tujuan hidup bagaikan ramuan
Dituang iman jadikan acuan dalam perjalanan bersama panduan

Eh
Bukan hanya cukup lima
Bukan sekadar cukup enam
Mahu rasakan delima di Syurga
Iman jangan benam
Kerap lima enam kali
Sehari kita diganggu
Teguh jati diri dari dibelenggu rindu bercandu

Jadi baik (baik)
ZUHUD (zuhud)
Ke bawah tanam budi
Bunuh semua ego yang memagar hati budimu
Baik sujud walau harta ratus beribu
Berjuta kesan robak rabik hilang kerna budimu

Baik dan baik cekal bagus
Ikut penunjuk arah
Polang kaling bertungkus
Lurus mengikut arah
Bengkak bengkil dihati
Surut dimakan hari
Lumrah langlang buana rempuh tembok langkah kiri

Jadi baik cekal bagus terus zuhud ke bawah
Elak di bakar hangus
Atau dihumban ke kawah
Jadi baik kekal rakus
Terus menanam ubi
Ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi

Andam karam waktu dalam salam
Awan gelap karung kunci dada
Ragam malam kenal suara tidak
Dijatuhnya hukum hamba tanpa sua
Rata-rata jadi patah siku kerna risau hunus pisau bocor saku
Mata-Mata jadi lali bisu tanpa hirau hangus jiwa dah terpaku

Kemudi hasrat biar sampai dapat
Berbudi niat gapai yang tersirat
Yang bersekutu mula menggerutu bila timbang mutu masih rujuk buku
Jadi baik cekal bagus
Dari riak bebal terus
Jadi bijak kerna ilmu dari menyalak nafsu cemburu
Jadi baik

Larikan nyawa dari
Lancar mulut celupar
Lara wirang sendiri
Lepas mulut celupar
Ringan menanam budi

HasilNYA usah takut
Dari Maha Pemberi
Pasti nasi di lutut

Jadi baik cekal bagus terus zuhud ke bawah
Elak di bakar hangus
Atau dihumban ke kawah

Jadi baik kekal rakus
Terus menanam ubi
Ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi

Jadi baik cekal bagus terus
Jadi baik cekal bagus terus
Jadi baik zuhud ke bawah tanam ubi
Jadi baik berbudi dan itu bukan judi
Jadi

Curiosidades sobre a música ZUHUD de Kmy Kmo

Quando a música “ZUHUD” foi lançada por Kmy Kmo?
A música ZUHUD foi lançada em 2019, no álbum “ZUHUD”.

Músicas mais populares de Kmy Kmo

Outros artistas de Asiatic music