Rahsia Petua

Ho ho ho
Berapa banyak rahsia dalam petua (ewah ewah)
Ha ha ha
Penuh bagaikan bintang di angkasa raya

Berapa ramai yang bermasam muka dah gembira
Hidup ceria bersama dan aman sentosa
Jatuh luka mesti ada yang datang tolong
Muafakat kita semua dah macam satu kampung

Eh tak kira muda ataupun tua
Adat dahulu sebelum bersua
Tak kira pangkat ataupun darjat
Nilai diangkat untuk terus dipahat
Kata yang lama kata bermalu
Bertalu hina kerana seteru
Usah berbuat kerja menyalah
Tuding-menuding kan pecah belah

Berapa ramai bersama kita
Berpadu tenaga tulang belikat
Berbilang agama dan juga bangsa
Ikrar negara yang kita ikat
Ingat keringat hasilkan pingat
Tingkat berjaya di jalan singkat
Sikap usahakan muafakat
Pastikan kuat teguh azimat

Ho ho ho
Berapa banyak rahsia dalam petua (ewah ewah)
Ha ha ha
Penuh bagaikan bintang di angkasa raya

Berapa ramai yang bermasam muka dah gembira
Hidup ceria bersama dan aman sentosa
Jatuh luka mesti ada yang datang tolong
Muafakat kita semua dah macam satu kampung

Datang dari tanah yang bawa payung
Buka mataku bangun dari layung
33 etnik satu bumbung
80 dialek bila hubung
4000 meter atas Gunung Kinabalu
Benda paling padu tapi bukan benda baru
Kita suluh bila kita sini ada main
Untuk PKI tidak terpakai

Lima kelopak pada Bunga Raya
Lima keluarga ada Hari Raya
Kami mesra tak kira miskin kaya
Bersatu padu dalam bersaudara
Pada media sosial kita multiracial
Dalam hati tertera Rukun Negara
Maksud tersirat pada warna bendera
Perpaduan asas ibu negara

Ho ho ho
Berapa banyak rahsia dalam petua (ewah ewah)
Ha ha ha
Penuh bagaikan bintang di angkasa raya

Berapa ramai yang bermasam muka dah gembira
Hidup ceria bersama dan aman sentosa
Jatuh luka mesti ada yang datang tolong
Muafakat kita semua dah macam satu kampung

Berapa ramai yang bermasam muka dah gembira
Hidup ceria bersama dan aman sentosa
Jatuh luka mesti ada yang datang tolong
Muafakat kita semua dah macam satu kampung

Músicas mais populares de Kmy Kmo

Outros artistas de Asiatic music