Terbang Tinggi

Jauh sudah kita melangkah
Pelbagai halangan diredah
Demi nama mengejar cita yang diimpikan bersama
Dulu seiringnya bertiga
Kini haluanku berbeza
Namun rohaniku masih merasakan
Bimbingmu berkekalan

Bila dunia tak seindah
Bila langit tak secerah
Dan bila ribut melanda
Kau sinarkan segala

Walau tak di bibir tetapi di hati
Kau berdua bagaikan
Sepasang sayap
Untukku terbang tinggi

Usia telah mengubah kita
Kematangan dan pengalaman
Telah banyak mengajarku mendukung
Ertinya bersaudara

Tatkala ku berair mata
Kau ukir senyuman ceria
Menjanji esok pasti akan menanti
Hajat dalam hati

Tika ribut jadi riang
Tika namaku dihujan
Tak pernah kau ku lupakan
Sebalik kejayaan

Walau tak dibibir tetapi di hati
Lidahku tak terucap
Sayangnya ku rasai
Kau berdua bagaikan
Sepasang sayap
Untukku terbang tinggi

Músicas mais populares de Yusry

Outros artistas de Contemporary R&B