Kawan [outro]
Ada kawan ku anggap rakan
Ada kawan ku anggap brader
Ada kawan yang jadi lawan
Ada kawan yang jadi mangsa
Ada lawan yang jadi kawan
Ada kawan dalam penjara
Ada kawan dalam keranda
Ku doakan terbaik moga semua hidup bahagia
Ada kawan yang jadi kawan hanya untuk makan
Lepas kenyang tikam belakang dapatkan rahsia
Kawan memang ramai dekat jauh miskin kaya
Jujur liar tapi hanya percaya pada tiga
Bila jumpa salam say hi
You know you can’t lie
Perangai dia buat ku rasa curiga
Dia curi ke bunga cantik selalu berduri hati-hati
Ikut hati percaya pada naluri der
Terima kasih atas pengajaran dalam perjalanan
Pasti ada masa kita lepas tangan
Tiba masa tuk lalu jalan sendiri tak semesti
Right lane is the right lane aku pusing kiri
Masing-masing ada masalah sendiri ku hanya
Marah pada yang tak berani salahkan diri
Tak berani salahkan diri
Kadang ku tanya apa salahku
Kenapa berlaku hanya tuhan yang tahu
Apa yang betul
Apa yang salah
Ujian ini jawapannya terserah
Fikir dan kerah
Apa dah jadi dah terjadi
Sila buka mata
Tak guna fikir jika boleh putarkan masa
Ini tragedi
Jangan tunggu berdiri sini
Tak usah tanya khabar
Tak perlu buat drama
Biar ku jadi calon pertama yang pergi
Hidup ini satu ilusi
Jangka masa di dunia hanya untuk diri diuji
Pada yang tabah tambah satu nyawa lagi
Pada yang gagal mengambil nyawa sendiri
Pilihan di tangan masing-masing
Jangan kau fikir kau seorang yang rasa asing
Semua orang ada setan untuk lawan jangan
Setan pulak tawan buat engkau jadi anjing
Ada kawan ku anggap rakan
Ada kawan ku anggap brader
Ada kawan yang jadi lawan
Ada kawan yang jadi mangsa
Ada lawan yang jadi kawan
Ada kawan dalam penjara
Ada kawan dalam keranda
Ku doakan terbaik moga semua hidup bahagia