Penanti

EDRI BIN HASHIM, AZMAN BIN HASSAN

Masih kunantikan sehingga kini
Penamatnya rinduku umpama tiada
Tersimpul kenangan sepanjang masa
Waktu detik selari ditemani bayang

Engkau hilang dalam terang
Engkau menghilang
Gerhana ke seluruh panca inderaku

Kau berikan aku cinta
Dan ku ditinggal
Dalam laluan liku mekar berduri

Sumpah dan janji kan tetap kupegang
Lautan api seteru cekal kurenangi
Kerana kasihku teguh untukmu
Yakin engkau di situ kan menghampiriku

Engkau hilang dalam terang
Engkau menghilang
Gerhana ke seluruh panca inderaku

Kau berikan aku cinta
Dan ku ditinggal
Dalam laluan liku mekar berduri

Di hatiku kau segar selamanya
Walau tiada lagi kau jelma di mimpiku
Ku masih harap kau sudi bertamu
Pecahkan kaca alamku yang sunyi

Hanya engkaulah cahaya kalbuku
Tiap madah kuselitkan puisi saktiku
Sebagai satu tandanya cintaku
Demi seri perkasihan abadi

Sekira masihnya aku
Engkau rindui
Tampillah kau segera
Kuharap kau di sisi

Masih lagi kubergelar
Seorang penanti
Dalam gelap taman yang sepi

Di hatiku kau segar selamanya
Walau tiada lagi kau jelma di mimpiku
Ku masih harap kau sudi bertamu
Pecahkan kaca alamku yang sunyi

Hanya engkaulah cahaya kalbuku
Tiap madah kuselitkan puisi saktiku
Sebagai satu tandanya cintaku
Demi seri perkasihan abadi oh

Curiosidades sobre a música Penanti de Wing's

Quando a música “Penanti” foi lançada por Wing's?
A música Penanti foi lançada em 2014, no álbum “Menakluk Kosmos”.
De quem é a composição da música “Penanti” de Wing's?
A música “Penanti” de Wing's foi composta por EDRI BIN HASHIM, AZMAN BIN HASSAN.

Músicas mais populares de Wing's

Outros artistas de Rock'n'roll