Infiniti

Sekian ramai yang ku bertemu-berpisah
Di hatiku hanya jejakmu yang tersisa
Ajaib hadirmu sentiasa mengubat resah
Kerana itu aku tahu
Kau bukanlah biasa

Disisimu walau berjam lama
Menjadi terapiku
Hingga pantas terasa
Tiap milisaat berlalu

Hingga INFINITI
Kelanaku bersamamu
Kerana tautan ini
Tak kenali penghujung
Pintaku hanya
Sambut tanganku
Andai tak temu ku di syurga
Wallahi ku
Sayang padamu

Adakala tampilmu
Saat roh ku menanggung lesu
Walau tanpa bicara
Hadirmu memulih imanku (he yeah yeah)
Entah sihir apa
Yang kau guna terhadapku
Mungkin doamu padaku dalam diam
Punca ketenanganku

Tiada wang ringgit
Perak dan emas
Sebagai ganti ikatan ini
Namun mungkin
Kasihku tak setanding
Walau secubit nilaian itu

Maafkan aku (maafkan aku)
Bukan mahirku (bukan mahirku)
Menzahirkan rasa cinta (oh)
Kerana aku tak punya apa
Selain kiriman doa (hu)

Ku harap nanti di alam akhir
Tiada hutang maafku berbaki
Dan takkan terpisah
Kita ke syurga
Bersama
Oh

Hingga INFINITI
Kelanaku bersamamu
Kerana tautan ini
Tak kenali penghujung

Hingga INFINITI
Tak mampu dihitung lagi
Kembara kasih ini
Selamanya tak terhenti
Jalinan ini
Kan jadi bukti
Berpisah bukannya pilihan

Hingga INFINITI
Kelanaku bersamamu (yeah)
Kerana tautan ini
Tak kenali penghujung
Pintaku hanya
Sambut tanganku
Andai tak temu ku di syurga (hu)
Wallahi ku
Wallahi ku
Sayang padamu

Lalala
Lalalala
Lalala
Lalalala
Lalala (hu)

Lalalala (hu)
Lalala (ho)
Lalala
INFINITI
Oh uh oh

Lalala
Lalalala
Lalala
Lalalala

Músicas mais populares de The Truth

Outros artistas de Pop rock