Di Suatu Pagi
Di suatu pagi
Ku terbang dari mimpi
Airmata ku menitis
Teringat mimpi yang suci
Di sudut kamar gelap
Seorang ibu tua
Dengan wajah yang sayu
Tangan menadah langit
Memohon Illahi
Oh Tuhanku lihatlah anakku
Hanya setampuk darah
Baru semalam disusu
Mahu julang negara
Ingin mati berjasa
Di hujung pintu pagar
Seorang isteri muda
Jari bangsa berinai
Masih merah menyala
Memohon Illahi
Oh Tuhanku lihatkan abangku
Baru saja dia datang
Sudah mahu pergi
Mahu juang negara
Ingin mati berjasa
Di suatu pagi
Ku terbangi dari mimpi
Airmata ku menitis
Teringat mimpi yang suci