Ku Pulang Dahulu
Di hari penghabisan
Waktu di pelabuhan
Air mata berlinang
Sedih ku meninggalkan
Kawan-kawanku sayang
Tak dapat ku berkata
Hanya bersalam mesra
Sungguh terasa iba
Kala akan berpisah
Tak tertahan air mata
Kerana persahabatan
Telah erat di hati
Tapi apakan daya
Kumohon diri
Lantaran ayah ibu
Telah rindu menunggu
Aku pulang dahulu
Namun tetap kunanti
Semoga jumpa lagi
Kerana persahabatan
Telah erat di hati
Tapi apakan daya
Kumohon diri
Lantaran ayah ibu
Telah rindu menunggu
Aku pulang dahulu
Namun tetap kunanti
Semoga jumpa lagi