Meradang
Inilah kisah kawanku
Biar ku ceritakan kepadamu
Bergaya setiap waktu
Berlagak siang malam tidak tentu
Berpura aih sungguh berani
Tak gentar apapun sanggup hadapi
Kononnya dia gagah
Siapapun tidak endah
Tak mahu dirinya nak mengaku kalah
Rupa-rupanya dia takut kepada isterinya
Suruh duduk dia duduk ikut saja
Ah steady lah
Dia meradang bila dikata orang
Selalu dia meradang coba menunjuk garang
Aduh dia meradang geram tidak terbilang
Pagi hingga ke petang meradang
Ai badannya kecil sahaja
Tetapi cuba membesar suara
Terpekik ke sini sana
Supaya orang melihat padanya
Malunya tidak siapa
Ingin melihat dirinya bergaya
Kesihan ku lihatnya sana sini tidak kena
Terhuyung-terhayang seorang sahaja
Cobaku terus terang beri nasihat yang panjang
Tapi pada diriku dia meradang
Dia meradang bila dikata orang
Selalu dia meradang hai coba menunjuk garang
Aduh dia meradang geram tidak terbilang
Pagi hingga ke petang meradang
Dia meradang bila dikata orang
Selalu dia meradang hai dia cuba tunjuk garang ah
Aduh dia meradang geram tidak terbilang
Pagi hingga ke petang meradang
Dia meradang bila dikata orang
Selalu dia meradang haih cubalah tunjuk geram tuh haih
Aduh dia meradang geram tidak terbilang
Pagi hingga ke petang meradang