Kata Mama
Sayang mama
Sayang papa
Sayang segala-gala yang ku cinta
Seringkali kau membawaku pergi ke dalam fantasi
Indahnya kau melakar dunia hari mekar
Dengan hanya kata-kata
Seringkali ku layan pujuk rayu suara manismu
Berjuta-juta janji kecundang pada sangsi
Membuatku makin curiga
Kata mama kata papa
Cinta bukan sejelita permata
Jika benar-benar kau yang tulus
Dengarlah sahaja semua syaratku
Sayang mama sayang papa
Sayang segala-gala yang ku cinta
Sabar bila-bila ku meronta
Dan sentiasa kotakan katamu
Semakin lama makin ku tergoda
Cinta mula-mula menyala
Hangat-hangat terasa pandangan yang pertama
Panasnya ku membara
Semakin lama makin ku perlukan
Lebih dari kata-kata
Walaupun ku mahumu walaupun ku cintamu
Ku tetap dilanda prasangka
Kata mama kata papa
Cinta bukan sejelita permata
Jika benar-benar kau yang tulus
Dengarlah sahaja semua syaratku
Sayang mama sayang papa
Sayang segala-gala yang ku cinta
Sabar bila-bila ku meronta
Dan sentiasa kotakan katamu
Dan aku tahu diriku
Dalam dilema selalu
Dan aku perlu buktimu
Sebelum meluru bak sebutir peluru padamu
Sayang sayang mama sayang sayang papa
Dan segala-gala yang ku cinta
Jika benar-benar kau yang tulus
Dengarlah sahaja semua syaratku
Kata mama kata papa
Cinta bukan sejelita permata
Jika benar-benar kau yang tulus
Dengarlah sahaja semua syaratku
Sayang mama sayang papa
Sayang segala-gala yang ku cinta
Sabar bila-bila ku meronta
Dan sentiasa kotakan katamu