Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara
Engkaulah sekuntum bunga sakura
Mekarmu di tempat indah dan dingin
Dan aku bagaikan padang pasir di Gurun Sahara
Oh panas dan kering tiada apa nak ku bangga
Kau pastikan layu disampingku
Oh Sakura
Pulanglah sayang ke tempat asalmu
Di sini kuragukan
Kejelitaanmu kan jadi debu
Jangan kau sandarkan cinta padaku
Oh Sakura
Jangan kau fikirkan kerana cinta
Gurun Sahara akan menjadi hutan rimba
Pulanglah sahaja wahai gadisku
Oh Sakura