Airmata Saksi Cintaku
Tak dapat nak kugambarkan sayang
Betapa kuat cintaku ini
Hanya Tuhan saja yang tahu niatku yang suci
Ingin terus hidup bahgia denganmu
Dari hari ke hari kurasa
Kasih sayangku semakin dalam
Tak pernah kubenci padamu
Walaupun hatiku pernah dilukai
Jangan kau pergi meninggalkan aku
Tak sanggup kuberpisah denganmu
Bagaimana nanti bila aku rindu
Di mana tempat nak kubermanja
Demi tuhan kusayang padamu
Air mata menjadi saksinya
Bagaimana lagi hendak kubuktikan
Kesetiaannya cintaku ini
Apakah lagi yang kau mahu
Tak cukupkah pengorbananku
Semoga kau mengerti perasaanku
Betapa ikhlasnya cintaku
Bila hatiku sudah sayang
Bukan mudah nak kulupakan
Biarpun pedih dugaan
Rela kuhadapi sayang
Cinta lahir dari lubuk hati
Bukan sengaja dipaksa-paksa
Sekali bila kujatuh cinta oh selamanya
Aku ingin bersamamu sayang
Jangan kau pergi meninggalkan aku
Tak sanggup kuberpisah denganmu
Bagaimana nanti bila aku rindu
Di mana tempat nak kubermanja
Demi Tuhan kusayang padamu
Air mata menjadi saksinya
Bagaimana lagi hendak kubuktikan
Kesetiaannya cintaku ini
Apakah lagi yang kau mahu
Tak cukupkah pengorbananku
Semoga kau mengerti perasaanku
Betapa ikhlasnya cintaku
Bila hatiku sudah sayang
Bukan mudah nak kulupakan
Biarpun pedih dugaan
Rela kuhadapi sayang
Cinta lahir dari lubuk hati
Bukan sengaja dipaksa-paksa
Sekali bila kujatuh cinta oh selamanya
Aku ingin bersamamu sayang