Cintaku Dewi Kamala
Eenggae Mala wanggae Mala
Padamu si gadis manis genit jelita
Wahai Mala sini Mala
Tak ku sangka dalam diam ku jatuh cinta
Pada Mala sama Mala
Anak gadis yang jelita dari India
Siang ku rasa malam rasa siang
Pejam celik ku terasa adanya dia
Tepi telaga dalam hutan rimba
Ku tak hirau walau pun ku berdepan si ular sawa
Kerana cinta sayang ku Mala
Biar apa pun juga ku redah kan jua
Aku tak kira dirimu ku cinta
Bersinar purnama
Di bawah pohon mangga
Sambil ku menyanyi lagu
La la la la la la la lagu cinta
Wahai dewi Kamala (Kamala)
Cintamu luar biasa
Hingga tergoda semua pria yang ada
Aduh Mala
Enggae Mala wangge Mala
Kalau kau tinggalkan aku rasa kecewa
Sini ada sana pun ada
Semuanya hanyalah palsu cinta sementara
Percaya padaku dewi Kamala
Jangan peduli apa pun orang nak kata
Aku tak kisah dan aku tak kira
Bersinar purnama
Di bawah pohon mangga
Sambil ku menyanyi lagu
La la la la la la la lagu cinta
Wahai dewi Kamala (Kamala)
Cintamu luar biasa
Hingga tergoda semua pria yang ada
Aduh Mala
Kerana cinta hati dah suka
Biar apa jua mesti ada batasnya
Memang cinta itu buta
Cinta tak memandang kulit ataupun paras rupa
Kalau hati sudah suka
Semuanya rasa bagai indah belaka
Dalam bercinta
Dua dunia
Cintaku pada dewi Kamala