Mengukir Impian
Telah kucuba mengasah ingatan
Dengan kenangan
Kusangka pastikan tajam
Setajam haruman cinta silam
Kucuba pula mengukir impian
Dari teringat
Semasa kehidupan
Yanb tak mahu aku teruskan
Ternyata masih hampa
Ku masih tak berdaya
Kau masih mengharapkan
Segala
Aku umpama pengukir
Tanpa pahat dan penukul
Tanpa ilham yang luhur
Hanya khayalan yang jujur
Maka dengan khayalan
Aku ukirkan permata
Ku jadi kan istana
Suara kita berdua
Oh...
Ternyata masih hampa
Ku masih tak berdaya
Kau masih mengharapkan
Segala
Walau setakat ini
Yang hanya aku mampu
Kuharap kau kan tahu
Luasnya impianku
Seandainya ternyata
Segala yang kucita
Kaulah orang pertama
Kumandikan permata
Aku umpama pengukir
Tanpa pahat dan penukul
Tanpa ilham yang luhur
Hanya khayalan yang jujur
Maka dgn khayalan
Aku ukirkan permata
Kujadikan istana
Suara kita berdua
Telah kucuba mengukur ingatan
Dengan kenangan
Kusangka pastikan tajam
Setajam haruman cinta silam
Ohhh ohhh