Suratan Cinta Kita
Tak pasti kemanakah
Kan ku bawa hati ini terluka
Biarpun kan ku pendam
Tiada kan ku berdendam
Cukuplah kurasakan
Kekecewaan yang sering melanda
Rela kuhadapinya walau apa jua
Biarkanlah aku pergi
Biarkan ku bawa diri
Usah kau tangisi akan perpisahan ini
Semua sudah suratan
Tak tahu mengapakah
Cinta yang lama terbina berpecah
Walaupun hakikatnya
Kita saling menyayangi
Manis yang kau rasakan
Pahit yang aku terima menusuk
Hanya mampu berserah walau apa jua
Biarkanlah aku pergi
Biarkan ku bawa diri
Usah kau tangisi akan perpisahan ini
Semua sudah suratan
Bukannya salahku
Bukannya silapku perpisahan ini
Hanya kerana mulut berbisa
Engkau terpedaya
Bukannya pintaku
Bukannya mauku perpisahan ini
Atas angkara orang ketiga
Kita bersengketa
Selamat tinggal kasih
Semoga engkau berbahagia
Biarlah cinta kita
Tinggalkan kenangan dalam jiwa
Selamat tinggal sayang
Semoga engkau berbahagia
Biarlah cinta kita
Tinggalkan kenangan selama-lamanya
Bukannya salahku
Bukannya silapku perpisahan ini
Hanya kerana mulut berbisa
Engkau terpedaya
Bukannya pintaku
Bukannya mauku perpisahan ini
Atas angkara orang ketiga
Kita bersengketa
Selamat tinggal kasih
Semoga engkau berbahagia
Biarlah cinta kita
Tinggalkan kenangan dalam jiwa
Selamat tinggal sayang
Semoga engkau berbahagia
Biarlah cinta kita
Tinggalkan kenangan selama lamanya
Selamat tinggal kasih
Semoga engkau berbahagia