Berserah
Tuhan tolong ampunkan dosa dosaku
Ku berserah kepadamu
Jika salah silap puncanya aku
Berserah kepadamu
Tapi ni pilihanku
Sesamar malam nampak kelibat balik bamboo
Terdengar berlagu keliru pungguk atau hantu
Atau mungkin aku yang masih lagi ragu ragu
Hingga terbalik baju masih jumpa jalan buntu
Satu dua kali salah ada peluang lagi
Tapi jadi tiga kali mana lagi mahu lari
Banyak hati ku sakiti dan janji yang diubah
Bukan bersama jebat walau gaya tolak tuah
Eh bukannya tak sedar aku kekhilafan
Kadang ku diduga untuk baiki kesilapan
Jadi alang alang nekad kusorokkan hakikat
Biar aku berserah kalau neraca ku diangkat (Tuhan tolong)
Ampunkan dosa dosaku
Ku berserah kepadamu
Jika salah silap puncanya aku
Berserah kepadamu
Tapi ni pilihanku (tiada benci yang kekal)
Tiada kasih yang kekal
Penghujung tak sempurna bila cinta sukar tekal
Dibolak balik pasti dimainkan emosi
Diorak arik dalih menghalal yang tidak boleh
Makin hari makin aku dapat lihatkan dejavu
Indah yang dirasa berbeza tak macam dilagu
Rawan mencengkam hati disalah dan dicaci
Aku berdosa lagi demi kau yang kekal suci
Jadi selagi ada nyawa jangan siapa hukum aku
Selagi ada nyawa taubat itu hak aku
Jangan nak berdiri antara aku dan pencipta
Itu saja yang ingin ku pinta
Tuhan tolong ampunkan dosa dosaku
Ku berserah kepadamu
Jika salah silap puncanya aku
Berserah kepadamu
Tuhan tolong ampunkan dosa dosaku
Ku berserah kepadamu
Jika salah silap puncanya aku
Ku berserah kepadamu
Tapi ni pilihanku (hai satu kali salah)
Dua kali salah
Tiga kali sampai berapa kali boleh salah
Lumrah manusiawi bila lebih dua kali
Takkan kita diberi peluang lagi
Ku berserah
Bukan cuba tegakkan benang yang basah (serah kepadamu)
Yang ku lakukan ini salah tetap salah (serah kepadamu)
Tapi ini saja jalan walau jatuh hukum (serah kepadamu)
Jumpa lagi nanti salam
Assalamualaikum