10 Jari Aidilfitri

Sibuknya orang membakar lemang
Mengatur persiapan Syawal tiba
Tak sabar rasanya mahu pulang
Ke kampung untuk hari raya

Bertemu keluarga yang tercinta
Setelah setahun tak berjumpa
Terima pemberian dari hati
Sepuluh jari Aidilfitri

Oh syukur padaNya kita berjumpa
Oh sekali lagi di Syawal ini
Bersama sanak saudara
Menikmati hari raya

Jamulah beraneka hidangan
Bermesra dan saling bermaafan
Terima pemberian dari hati
Sepuluh jari Aidilfitri

Hari raya hari mulia
Terimalah sepuluh jari Aidilfitri

Oh syukur padaNya kita berjumpa
Oh sekali lagi di Syawal ini
Bersama sanak saudara
Menikmati hari raya

Jamulah beraneka hidangan
Bermesra dan saling bermaafan
Terima pemberian dari hati
Sepuluh jari Aidilfitri
Sepuluh jari Aidilfitri

Músicas mais populares de FORTEEN

Outros artistas de Contemporary R&B