Rentak Disco Satu...Dua...Tiga
Gerak ke kanan kawan geraklah ke kiri
Mengikut rentak irama yang masa kini
Biarlah pantas kawan gerak bebas tanpa tersekat
Awas awaslah kawan jangan sampai kau terbabas
Satu dua dan tiga irama do re mi
Langkah yang bermula biarlah selari
Empat lima dan enam oh fa so la
Kemaskanlah gaya oh tarian kita
Hayunkan tangan kawan ke kiri ke kanan
Menari kita bersama bersuka ria
Dalam menari kawan kita juga bersenam
Agar sihatnya badan otak yang menjadi cergas
Satu dua dan tiga utara selatan
Dari mula ke akhir oh dengarlah kawan
Empat lima dan enam timur dan barat
Erti dan kata lagu yang kami sampaikan
Senyum senyumlah teman senyum bercahaya
Segala duka lupakan bebasnya rasa
Mari marilah teman sama-sama bermuafakat
Satu arah haluan cita-cita dan impian
Satu dua dan tiga dari pagi ke petang
Jujur dan rajin mencari rezeki
Empat lima dan enam waktu malam dan siang
Begitulah insan yang tabah berdikari
Lihat lihatlah teman bertapa indahnya
Terbentang luas ciptaan yang maha Esa
Tinggi langit nan biru burung-burung berterbangan
Riang bisikan bayu yang mempersonakan insan
Satu dua tiga Isnin Selasa Rabu
Manusia dilahirkan sama sahaja
Empat lima dan enam Khamis Jumaat Sabtu
Hidup di dunia hanyalah sementara